Masih dalam mood exam..
Apatah lagi tadi baru je habis paper pertama, kimia polimer-antara subjek killer.
Ada orang tanya..kurang lebih macam ni r.."macam mana nana dapat semangat nak belajar eh?"
Nana teringatkan masa di fakulti. Masa tu nana malas nak g kelas. Seorang akak ni cakap.. "g r kelas..belajar kerana ALLAH"
Dan itulah juga jawapan nana untuk soalan hamba ALLAH tadi..tp sesiapa ada jawapan yang lagi best, share r dengan nana..
Macam halilintar memanah pintu hati, dapat semangat baru r sikit..tp sebenarnya memang xda kelas masa tu..heheee
Kembali kepada nawaitu kita..buat apa pun biarlah kerana ALLAH Ta'ala..
Lagi satu, ingat status kita.. Sebagai anak, jadi harapan ibubapa untuk lihat anaknya berjaya.. Sebagai pelajar, nak buat apa lagi kalau tak belajar,kan?amatlah tak best kalau jadi pelajar yang biasa2 je..apatah lagi pelajar ukm..so, kena r buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik..
Semua ni pun peringatan untuk diri yang kerdil ini gak..
Dah nak exam ni, apa yang penting..kita usaha sepenuh daya..selagi ada..
dan finally, serahkan segalanya pada ALLAH agar usaha ini diberkati dan mendapat pertolongan dari Yang Maha Bijaksana..
usaha+doa+tawakal=SUKSESS =)
Monday, April 20, 2009
sEmAngAt bElAjAr
Posted by angsana at 3:20 PM 0 comments
Labels: study
call sokmo..
hmmm..dah lama tak bersuara kt sini..
maklumlah bz dengan exam finale..
Dalam kesibukan nak study ni..macam2 situasi pelik kita boleh tengok. Yang paling menganggu sejak dua menjak ni..ada seorang hamba ALLAH ni asyik bergayut je dengan tunangan dia.. Bodohlah kalau masih bertanyakan sama ada 'benda ni halal@haram?'
Pada nana, lebih baik simpan kredit untuk call mak setiap hari daripada membazir macam tu..
Moga kita semua diberi hidayah dalam mencari cinta..
Taknak ulas panjang2 sebab dah banyak artikel tentang ni..
Siswasiswi hari ni sepatutnya dah pandai menggunakan dacing yang syarie..bukan dacing bersandarkan nafsu semata-mata.
tiada istiah 'couple' dalam Islam =)
Posted by angsana at 3:00 PM 0 comments
Labels: luv
Monday, April 13, 2009
pimpinan persatuan mahasiswa FST 09/10
Sedar xsedar,dh study week..
Dah 1sem pimpinan pmfst sesi 09/10 'memerintah' (mcm raja r pulak)..hehe..bkn pe,memikul amanah ALLAH ni...mcm2 mehnah+tribulasi datang menguji..
Ape je pgram utk sem ni??
-malam tautan saintis muda (MTSM)~boleh dibanggakan..syabbas utk upts
-bengkel kecemerlangan akademik ~batal
-sambutan maulidurrasul ~xsmpat dgr ceramahnya
-kajian zionis ~banyak input baru
-solat hajat ~smpat dgr ceramahnya
-wacana ummah ~clash dgn klas,penah g skali je
-bicara siswi ~mnjana siswi yg versatil
Walaupun ada je cacat cela untuk setiap program,tp sume tu jadi titik tolak utk lebih professional pd masa akan dtg..
Ni lah pimpinan yg telah bertugkus-lumus berusaha menganjurkan+memeriahkan program2 pmfst utk sem ni..
moga usahasama ini xterhenti di sini je..=)
Posted by angsana at 7:51 PM 0 comments
Labels: society
Thursday, March 12, 2009
Sunday, February 22, 2009
kEmAAfAn adalah dEndAm yg terbaik
Senangnya menuturkan ucapan MaaF..
Tp sukarnya untuk memastikan bahawa kata2 itu benar2 lahir dari hati yang ikhlas. Hal inilah yang membuatkan kita terus mempunyai masalah hati dengan orang lain..
Jika mAAF itu drpd orang lain,terimalah ia dengan hati yang terbuka..jika mAAf itu untuk orang lain, rendah2kanlah hati+insafi diri untuk memohon maaf.. Ssungguhnya kita hanya insan biasa yang tidak lekang dari tergelincir dari norma insan normal..
Apa yang penting......? SalamatussOdri=BeRLaPaNG DaDa
jom dengar crita ni..
(from iluvislam.com)
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
FikiR2kanlah...
Dengan Kemaafan ini, mg ukhwah sesama sahabat rakan seperjuangan terus mekar mewangi menuju redha Ilahi..
Nana juga nak minta maaf atas segala keterlanjuran+kekurangan+salah silap sepanjang bersahabat dengan insan2 di bumi ALLAH ini..
Posted by angsana at 11:12 AM 0 comments
Labels: motivation
Monday, February 9, 2009
Orang yang mendiami gua..Ashabul kahfi
Tiba2 je teringatkan saat di rumah bersama adik2 n akak2. Si adik kecil tiba2 bertanya tentang ashabulkahfi..
semak surah al-kahfi buat panduan..
Sedikit info :
Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masih ada di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebutkan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.
Daqyanus menganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, di sebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.
Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.
Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).
Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.
Bilakah ia berlaku?
Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.
Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.
Lirik lagu Ashabul Kahfi drpd Raihan
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman
Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu
Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan surga
Qitmir yang mulia
Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.
Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26.
Wallahualam..
Posted by angsana at 4:23 PM 0 comments
Labels: facts
Sunday, February 8, 2009
Annual Grand Meeting
Sejak 2feb yg lalu, bahang AGM-annual grand meeting sudah terasa bg semua perstuan d ukm tercinta ini. tak lupa juga buat warga fst. Tanggal 6feb09,berlakunya AGM PMFST. Majlis dirasmikan oleh timb.dekan fst (baru 1minggu dilantik) Prof Dr Sahrim Ahmad. Majlis turut diserikan dgn kehadiran MPP fst. Moga kerjasama ini terus brkekalan hingga ke akhirnya..
Patah tumbuh,hilang berganti. Pucuk pimpinan PMfst turut brtukar tampuk pemerintahannya. tahniah buat barisan MT pmfst bagi sesi 09/10. Tak lupa juga buat barisan calon yang berjaya mendapat undian antara 9 yang tertinggi untuk menjawat jawatan exco.
Daripada ucapan YDP pmfst 09/10:
Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."
- Profesor Diraja Ungku A. Aziz
Tahniah+takziah buat barisan pimpinan PMfst 09/10. Moga terus berkhidmat untuk mahasiswa fst. Biarlah semuanya bersatu hati dan terus menjalankan amanah dgn sebaiknya agar tidak berlaku 'lepas tangan' di pertengahan jalan.
Apa yang penting..?? KERJA..SAMA!
Psst..kerja2 gak,tapi akademik jangan dilupa..=)
Posted by angsana at 2:07 AM 0 comments
Labels: society
Saturday, February 7, 2009
Sunday, January 18, 2009
Salam Pilihanraya Kampus
Pilihanraya kampus? oppsss..dah tukar nama kepada pemilihan MPP..
Alhamdulillah berakhir dgn jayanya walaupun dirempuh pelbagai mehnah+tribulasi..
Pengumuman keputusan pemilihan pada malam 15jan berakhir dgn kemenangan oleh GabunganMahasiswa-Aspirasi 12-21, dgn 1kerusi (kejut/3) 'pending'. Moga ia mnjadi milik GM smula. Hal ini dapat menafikan kemenangan 2/3 aspirasi yang sesungguhnya penuh dengan konspirasi.
Kemenangan GM :
-kerusi umum thn 3 : ustaz hisyamuddin, mohd faez, mohd fikah
-kerusi fpi/3 : Mahfuzan Gaddafi (MTB)
-kerusi fpi/2 : Mohd Idris (MTB)
-kerusi fpend/3 : Affandi
-kerusi fpend/2 : Muhamad Faiz
-kerusi fkejut/2 : Sarzliana (MTB)
-kerusi fst/3 : Mohd Arif
-kerusi fuu : Phoon Kar Liang
-kerusi ffarmasi : Muhammad Hafizul Amin
-kerusi fper : Wan Nuruddin Syah
~tahniah dan takziah buat semua calon mahasiswa..=)
Jutaan terimakasih buat seluruh warga BPC,papa,mama,abi,ummi,mummy yang tidak jemu membimbing+menemani+mengurus semua calon sejak sebelum pilihanraya lagi. Hanya ALLLAH yang dapat membalasnya.
Sedikit analisa penulis :
-pertambahan bilangan calon brbangsa cina yang berkomplot dengan aspirasi menunjukkan konflik yang berlaku dalam aspirasi sendiri yang kemungkinan sudah kehabisan pelajar Melayu
-isu agama dan perkauman yang dimainkan oleh CCC-chinese community council, menyemarakkan lagi semangat juang GM untuk terus menyedarkan warga ukm dalam pemilihan pemimpin mereka sendiri
Terpancar sinar perubahan yang ingin dicapai oleh siswa/i ukm yang mahukan keadilan dan kepemimpinan mahasiswa kembali teguh di bumi ukm ini. Lihat shaja calon mahasiswa tahun 3 yang kebanyakannya menang,tp tidak bagi mereka yang bertanding untuk kerusi tahun 1 dan 2;barangkali masih takut dengan ugutan dibuang kolej serta menjejaskan markah merit mereka.
Ayuhh..! Bangunlah insan yang bergelar mahasiswa! Tuntutlah hakmu.. Sesungguhnya kesusahan hari ini akan membawa kemudahan pada hari esok..
BERSATU BERUBAH!! =)
Posted by angsana at 4:27 PM 0 comments
Labels: campuszone







