Sunday, July 19, 2009

GRanD FinALe

Bertemu kembali..dah lama benar x update blog ni.sian dia..hamster kt sblh ni pn xthu sht ke x..heheeee.. Lebih 2bulan gak r xde post,kn?sejak final exam last sem..kmudian buat latihan industri..dan msuk sem baru kt ukm smula..dh 2mnggu d ukm..baru rasa free sket.. Nk kta bz,xdelah sngt. Tp maybe xcukup 'kuat' g nak mnulis kot..
Ape yang bestnya sem baru ni?Sebenarnya diri ni kna sedar bahawa skrg dah jd student thun 3@3rd year@final year.. Alhamdulillah, diri ini berpeluang tnggal d kolej yg dekat dgn fakulti.kolej ape lg kalau bkan kolej aminuddin baki.dan sebenarnya itu juga harapan diri ini agar dapat tnggal di kolej yang berbeza utk stiap tahun pngajian.. Time 1st year-kolej burhanuddin Helmi, 2nd year-kolej pendeta Zaaba, 3rd year-kolej aminuddin baki. nama kolej sume guna nm tokoh..tp tahu x ape sumbangan dorg?tunggu jelah next post ya.. Klau ada bnda yg best, mesti ada yg xbest jgk,kn?tp ni bukan la xbest sngt..cuma kurang best jela..yaitu diri ini dh xblh bwk moto dtg ke ukm..i2 pn lbh kurg denda la bg diri ini..sesungguhnya ada hikmahnya 2..tp diri ini amat brharap agar suatu hari dpat juga bawa moto ke ukm..sbb...boleh merempit..hahaaa.. Xdelah..nnt senang la kalau nk g progrm kt luar..n g psr mlm ke..
So setiap hari diri ini g fakulti bjalan kaki jelah..bagus gak 2..boleh exercise.. Kebetulan td trbaca artikel psl kebaikan brjalan kaki..so diri ini nk share d sini...

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

· Berat badan stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.


· Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

· Risiko elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.
Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.


· Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

· Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).
Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

· Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

· Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu. Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

· Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin.
Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

· Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar.
Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Tip jalan laju

· Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
· Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
· Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
· Gerakkan lengan ketika berjalan
· Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
· Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman

~biar lambat asal selamat..=)

0 comments: