Wednesday, April 29, 2009

KaHWiNKaN aNaK

Saat detik diri dh grad, ada keje tetap, dapat gaji...apa yang difikirkan?
Kalu bukan empunya diri pun, mak ayah la yang risau..takut anak gadisnya lambat kahwin. Si gadis pula katanya belum ada calon..kira orang baik la jugak..hehee
Tapi, pabila dicarikan calon, ada pulak yang menentang..camne ni?

Dalam Islam, sememangnya seseorang ayah@wali boleh kahwinkan anak perempuannya tanpa keizinan anaknya. Mungkin bagi si ayah, calon pilihannya adalah sesuai kerna tiada siapa yang inginkan anaknya kecundang dalam alam rumahtangga. Tapi, ada syarat gak la..ni lah kefahaman yang perlu ada pada ayah yang beriya2 nak cari calon suami untuk anaknya..
(adapted from www.faridrashidi.com )

Dari segi hukumnya wali mujbir (bapa,datuk) sememangnya berhak mengahwinkan anak dara itu tanpa meminta keizinannya. Berbeza dengan si janda tadi yang mana mereka tidak berhak mengahwinkan dengan lelaki tanpa keizinannya.

Sabda Rasulullah SAW : “Anak dara mengikut suruhan ayahnya”
(Riwayat Muslim)

Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat digariskan Ulama’ sekiranya wali mujbir ingin mengahwinkan anak daranya. Antaranya :-

  1. Tidak ada permusuhan ketara di antara wali dengan perempuan itu.
  2. Perkahwinan itu hendaklah sekufu antara kedua mempelai.
  3. Bakal suami hendaklah mampu membayar mas kahwin dan boleh menyegerakan bayaran mas kahwin.
  4. Bakal suami itu tidak sukar membayar mahar.
  5. Tidak mengahwinkan kepada lelaki yang boleh memberi mudharat kepada kehidupan anak dara itu kelak serta bukanlah lelaki itu yang sangat tua tidak berkemampuan.
  6. Menggunakan wang di dalam Negara tersebut.

Jika syarat itu sudah mencukupi maka tidak menjadi masalah sekiranya wali mujbir itu mahu menikahkan anak daranya kepada lelaki tersebut. Jadi anak dara itu hendaklah mengikuti kehendak walinya kerana wali lebih mengetahui perihal anaknya. Oleh kerana kasih dan sayangnya terhadap anaknya wali tadi sudah tentu mencari calon yang sesuai serta baik.

Hmmmm... Jom telusuri apa pula yang dimaksudkan dengan sekufu..

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.

Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?”
“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”
“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?” Sabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”

2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.

Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.

Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”

(Riwayat Hakim: 2/163)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhu a’lam.

Rujukan:
Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.
Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
Bahrul Mazi Syarah Mukhtasor Sohih At-Turmuzi, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.

4:10 PM, 9 April 2009,
Siberbay, Tanta.

www.faridrashidi.com

So...apapun yang berlaku, kalu kita redha atas ketentuanNya, insyaALLAH mendapat pertolonganNya..
Kenapa tiba2 je posting pasal sekufu ni?heheee...adalah tuuu.. Yelah, belajar pun xhabis lagi..exam final pun terkontangkanting lagi,ada hati nak kahwin.hehee.. Bak kata naqibah nana : 'Kita perlu setkan bila nak kahwin. Then bila dah tiba masanya, baru fikir tentangnya. ' InsyaALLAH jodoh kita tiba jua. Yang penting sekarang, belajar dulu.. Walaupun xda kaitan dengan empunya diri, tapi tetiba rasa terpanggil nak cakap hal ni. Biarlah masjid yang dibina itu kekal untuk selamanya dan didasari dengan amalan tuntutanNYA seterusnya bawa manfaat untuk ummah generasi mendatang..

~istikharah banyak2 sebelum buat keputusan..=)

Sunday, April 26, 2009

aLoe VeRa a.k.a LiDaH BuaYa

Tangga AloeVera...




Sebelum ni tahu je yang aloevera ni ada banyak manfaat, tapi xpernah pulak serius nak cari pasal dengan aloevera ni..hehee.. kalau kat umah, banyak je pokok ni hingga beranak pinak dalam pasu tu..
Buat mu si aloevera :Sory ye aloevera, kat umah dah xda sape nak uruskan kamu..
Alhamdulillah semalam nana jumpa cerita aloevera..harap2 sempat nak amalkan petua2 ni bila balik umah nanti..itupun kalau sempat balik umah laa..huhuuu


Ada apa dengan si aloevera ni?
- vitamin : A,B1,B2,B3,B21,C,E, kolin,asid folat
- mineral : Ca, Mg, Na, Fe, zat besi, kromium
- enzim : amilase, catalase, cellulose, carboxypeptidase, carboxyhelosase, brandykinase
-penting untuk metabolisme dan rangsang pertumbuhan+regenerasi kulit
- asid amino : arginine, analine, valine, glutamat, glycine, lycine dll

Bahagian tubuh si aloevera
- daun: pemeliharaan kulit, ekstrak produk
- getah : pemeliharaan rambut, rawat luka, masalah kulit
- lendir : makan kot..

Produk aloevera
- jus : -minum setengah cawan setiap hari
>baiki kualiti kulit, lawan kesan penuaan,kulit bersih
>pH aloevera kembalikan keseimbangan kulit
- krim, losyen, sabun : -gunalah sesuka hati
>tambah kadar oksigen dalam kulit, kuatkan struktur kulit
- pelembap : >lignin pada aloevera dapat tembusi dan meresap ke dalam kulit, kekalkan kelembapan kulit
- minyak : sapu pada kulit kepala
> tingkatkan peredaran darah, beri ketenangan, kesegaran, kurangkan stress

Penggunaan aloevera
-masker muka : Mula2, oleskan lendirnya pada wajah. Biar la rata dan menyeluruh. Kalau dah kering, bilas dengan air. Amalkan 2minggu berturut2, insyaALLAH ada hasilnya..
-antiseptik : Sapu lendir pada luka atau bahagian kulit yang melecur
-penyubur rambut : Ambil 2 pelepah aloevera, cuci dan kupas. Gosokkan isinya pada kulit kepala. Bungkus kepala dengan kain, biarkan semalaman. Esok pagi,jagan lupa nak bilas ye.. Dalam 3bulan, insyaALLAH rambut sihat.. Untuk rambut, si aloevera ada enzim yang dorong pertumbuhan rambut baru dan jadi perapi untuk rambut kering dan rosak. Berguna jugak untuk cegah masalah keguguran rambut.


Kalau kat umah, selalu guna aloevera kalau tangan terkena minyak panas je..tp lepas ni boleh r guna untuk rambut n kulit muka sekali...=)

Thursday, April 23, 2009

TeRiMa KaSiHKu uNTuK Mu

Alhamdulillah
Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan..
HambaMu ini masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini..diberi kesempatan menghirup bayu sejuk pada malam hari dan embun pagi pada awal hening subuh..moga aku terus di bawah lembayung rahmatMu dan tidak terus alpa dengan segala nikmat pemberianMu..

Ummi
Terima kasih kerana melahirkanku sejak 21 tahun yang lalu..
Maaf kerana xdapat menunaikan hasratmu untuk balik bersama pada minggu lepas..
Mungkin ada hikmahnya..

Abi
Maafkan diri ini yang banyak keletahnya sejak kecil lagi,xkurang juga pabila dah besar ni..
terima kasih kerana sudi melayan kerenah si anak..

Abang,kakak2,adik2 sefamili
Moga perkongsian ini berpanjangan..everlasting unity..
Biar apa jua dugaannya..moga kita dapat harunginya bersama..

Sahabat seperjuangan..
Jannah,yang,che yah,cik wani,syahh,syamm,esyah,umi1,umi2,awak,aiman..
era,thanks hadiah..
faz,kakza,deeb,ayu,syafiqah..
Kak ain,kak tache..
Timakaseh atas ingatan kalian pada hari ulangtahun baru2 ni..
Moga ukhwah ini terus berkekalan selamanya..
Bertemu berpisah kerana ALLAH..





ukhwah fillah 4eva..=)

Monday, April 20, 2009

sEmAngAt bElAjAr

Masih dalam mood exam..
Apatah lagi tadi baru je habis paper pertama, kimia polimer-antara subjek killer.
Ada orang tanya..kurang lebih macam ni r.."macam mana nana dapat semangat nak belajar eh?"
Nana teringatkan masa di fakulti. Masa tu nana malas nak g kelas. Seorang akak ni cakap.. "g r kelas..belajar kerana ALLAH"
Dan itulah juga jawapan nana untuk soalan hamba ALLAH tadi..tp sesiapa ada jawapan yang lagi best, share r dengan nana..
Macam halilintar memanah pintu hati, dapat semangat baru r sikit..tp sebenarnya memang xda kelas masa tu..heheee
Kembali kepada nawaitu kita..buat apa pun biarlah kerana ALLAH Ta'ala..
Lagi satu, ingat status kita.. Sebagai anak, jadi harapan ibubapa untuk lihat anaknya berjaya.. Sebagai pelajar, nak buat apa lagi kalau tak belajar,kan?amatlah tak best kalau jadi pelajar yang biasa2 je..apatah lagi pelajar ukm..so, kena r buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik..
Semua ni pun peringatan untuk diri yang kerdil ini gak..
Dah nak exam ni, apa yang penting..kita usaha sepenuh daya..selagi ada..



dan finally, serahkan segalanya pada ALLAH agar usaha ini diberkati dan mendapat pertolongan dari Yang Maha Bijaksana..

usaha+doa+tawakal=SUKSESS =)

call sokmo..

hmmm..dah lama tak bersuara kt sini..
maklumlah bz dengan exam finale..
Dalam kesibukan nak study ni..macam2 situasi pelik kita boleh tengok. Yang paling menganggu sejak dua menjak ni..ada seorang hamba ALLAH ni asyik bergayut je dengan tunangan dia.. Bodohlah kalau masih bertanyakan sama ada 'benda ni halal@haram?'
Pada nana, lebih baik simpan kredit untuk call mak setiap hari daripada membazir macam tu..
Moga kita semua diberi hidayah dalam mencari cinta..

Taknak ulas panjang2 sebab dah banyak artikel tentang ni..
Siswasiswi hari ni sepatutnya dah pandai menggunakan dacing yang syarie..bukan dacing bersandarkan nafsu semata-mata.




tiada istiah 'couple' dalam Islam =)

Monday, April 13, 2009

pimpinan persatuan mahasiswa FST 09/10

Sedar xsedar,dh study week..
Dah 1sem pimpinan pmfst sesi 09/10 'memerintah' (mcm raja r pulak)..hehe..bkn pe,memikul amanah ALLAH ni...mcm2 mehnah+tribulasi datang menguji..
Ape je pgram utk sem ni??
-malam tautan saintis muda (MTSM)~boleh dibanggakan..syabbas utk upts
-bengkel kecemerlangan akademik ~batal
-sambutan maulidurrasul ~xsmpat dgr ceramahnya
-kajian zionis ~banyak input baru
-solat hajat ~smpat dgr ceramahnya
-wacana ummah ~clash dgn klas,penah g skali je
-bicara siswi ~mnjana siswi yg versatil

Walaupun ada je cacat cela untuk setiap program,tp sume tu jadi titik tolak utk lebih professional pd masa akan dtg..
Ni lah pimpinan yg telah bertugkus-lumus berusaha menganjurkan+memeriahkan program2 pmfst utk sem ni..



moga usahasama ini xterhenti di sini je..=)