Sunday, February 22, 2009

maaf...sorry...asif

kEmAAfAn adalah dEndAm yg terbaik

Senangnya menuturkan ucapan MaaF..
Tp sukarnya untuk memastikan bahawa kata2 itu benar2 lahir dari hati yang ikhlas. Hal inilah yang membuatkan kita terus mempunyai masalah hati dengan orang lain..
Jika mAAF itu drpd orang lain,terimalah ia dengan hati yang terbuka..jika mAAf itu untuk orang lain, rendah2kanlah hati+insafi diri untuk memohon maaf.. Ssungguhnya kita hanya insan biasa yang tidak lekang dari tergelincir dari norma insan normal..
Apa yang penting......? SalamatussOdri=BeRLaPaNG DaDa

jom dengar crita ni..
(from iluvislam.com)

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

FikiR2kanlah...
Dengan Kemaafan ini, mg ukhwah sesama sahabat rakan seperjuangan terus mekar mewangi menuju redha Ilahi..

Nana juga nak minta maaf atas segala keterlanjuran+kekurangan+salah silap sepanjang bersahabat dengan insan2 di bumi ALLAH ini..

Monday, February 9, 2009

Orang yang mendiami gua..Ashabul kahfi

Tiba2 je teringatkan saat di rumah bersama adik2 n akak2. Si adik kecil tiba2 bertanya tentang ashabulkahfi..
semak surah al-kahfi buat panduan..

Sedikit info :

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masih ada di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebutkan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus menganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, di sebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.

Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).

Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.

Bilakah ia berlaku?
Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.

Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.


Lirik lagu Ashabul Kahfi drpd Raihan

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan surga
Qitmir yang mulia



Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.
Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26.

Wallahualam..

Sunday, February 8, 2009

Annual Grand Meeting

Sejak 2feb yg lalu, bahang AGM-annual grand meeting sudah terasa bg semua perstuan d ukm tercinta ini. tak lupa juga buat warga fst. Tanggal 6feb09,berlakunya AGM PMFST. Majlis dirasmikan oleh timb.dekan fst (baru 1minggu dilantik) Prof Dr Sahrim Ahmad. Majlis turut diserikan dgn kehadiran MPP fst. Moga kerjasama ini terus brkekalan hingga ke akhirnya..
Patah tumbuh,hilang berganti. Pucuk pimpinan PMfst turut brtukar tampuk pemerintahannya. tahniah buat barisan MT pmfst bagi sesi 09/10. Tak lupa juga buat barisan calon yang berjaya mendapat undian antara 9 yang tertinggi untuk menjawat jawatan exco.
Daripada ucapan YDP pmfst 09/10:
Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."
- Profesor Diraja Ungku A. Aziz


Tahniah+takziah buat barisan pimpinan PMfst 09/10. Moga terus berkhidmat untuk mahasiswa fst. Biarlah semuanya bersatu hati dan terus menjalankan amanah dgn sebaiknya agar tidak berlaku 'lepas tangan' di pertengahan jalan.


Apa yang penting..?? KERJA..SAMA!
Psst..kerja2 gak,tapi akademik jangan dilupa..=)

Saturday, February 7, 2009

Analisa MPP UKM



Ayuh mahasiswa!!
Bangun dari zon selesa.
Sama-sama cakna dengan isu mahasiswa sekampus..=)